Alkisahnya, Q baru beli Philips Pressue Cooker from Lazada baru-baru ni. Sebab Lazada buat offer kebabom baru-baru ni. Pressure Cooker harga RM500++ trus slash jadi sampai RM315 je termasuk postage. Kebabom kan offer dia?? Haaa..apa lagi, kita pun beli la satu, sepantas kilat. Hehe. Dah lama ushar pun pressure cooker tu sebelum ni.
So semalam, sempena perasmian Pressure Cooker baru, dan kebetulan pulak mak mertua Q ada bagi daging korban daripada kampung haritu, kita pun buatlah Nasi Daging dengan Ayaq Asam.
Resepi kita amek daripada group FB: "Pengguna Philips Pressure Cooker" tapi kita olah sikit resepi ikut selera tekak family kita, macam biasa.....
Kat bawah ni Q share resepi Nasi Daging yg Q buat yer.
Siapa nak try buat, boleh cuba resepi ni ya.
Kalau xde Pressure Cooker macamana, sis?
Eh takpe. Kalau xde Pressure Cooker pun boleh je buat guna Rice Cooker biasa, jangan risau. Cuma daging tu rebus lama sikit sampai dia betul-betul empuk je. Lepastu boleh masak nasi macam biasa. Confirm sedap jugak π
Apa pun semoga bermanfaat resepi ni, insyaallah. Enjoy cooking mumsies sekelian π
Nasi Daging
===========
Bahan- bahan:
220gm daging
2 cawan beras
2 cawan air rebusan daging
1 inci halia
2 sudu rempah kurma
1 biji tomato potong 6
Daun pandan
Garam
1/2 cawan susu cair
Bahan tumis 4 sekawan
1 biji bawang besar (dimayang)
6 ulas bawang putih (dimayang)
Cara-cara:
1) Rebus daging sehingga empuk (kalau guna PPC, amek mode BEEF, rebus for 30mins), dh siap ketepikan
2) Panaskan minyak, tumis 4 sekawan & bawang2 (kalau guna PPC, amek mode CAKE utk menumis)
3) Setelah naik bau, masukkan rempah kurma, kacau
4) Kemudian masukkan beras, goreng kering sekejap
5) Masukkan air rebusan daging, halia, susu cair, daun pandan, garam
6) Masak nasi sehingga siap. ( kalau guna PPC, amek mode RICE, masak for 14mins )
7) Dah siap nasi, hiaskan dengan daun sup/ketumbar/bawang goreng
Air Asam:
1 biji bawang besar (hiris nipis)
1biji tomato (potong kecil2)
Air asam jawa (agak2 berapa banyak)
3 biji cili padi (potong kecil2)
1 inci belacan
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil gula halus
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam 1 bekas & gaulkan sampai serasi
Siap! Sila makan sampai bertambah-tambah pinggan, yer π
Borgata Hotel Casino & Spa - Trip.com
ReplyDeleteFind all information and best deals of Borgata Hotel Casino & Spa in Atlantic City on κ²½μλ¨λ μΆμ₯μλ§ Trip.com! Book the hotel κ²½μλΆλ μΆμ₯μ΅ with real μ λΌλΆλ μΆμ₯μλ§ traveler reviews, ratings and κΉν¬ μΆμ₯λ§μ¬μ§ latest Rating: 4.5 · μμ² μΆμ₯μ΅ 1,610 reviews