Thursday 14 June 2012

Negative Thinking? Life is not always Rosy

Sape tau apa maksud negative thinking?


Haaa..sure ramai yg nk jawab sambil nk bg contoh si polan si polan kan...
Haaa..tp sedar tak kita, dalam pada kita kadang tu sibuk "menegative-thinking" org lain, actually kita sendiri is thinking about him/her negatively.
Senang nya mcm ni, lebih baiklah kita perbaiki diri dan hati kita sendiri dulu sebelum kita menunding dan menuduh org lain negative-thinker, bad influence dan segala nya. Betul, begitu bukan?
Kenapa saya berkata begitu?
Kerana saya melaluinya dan sedang melaluinya 


Tidak mengapa, saya redha...saya telan bulat2 tuduhan itu, kerana saya malas nk panjangkan isu tk bermaruah ini. 
Sedari semalam, kelmarin, esok, lusa dan tulat kamu/dia akan menunding jari kepada saya menuduh saya negative thinker, busuk hati dan semua...
tidak mengapa, saya ambil itu sebagai iktibar, yg mana salah saya perbaiki. 
Mungkin itu pandangan kamu kpd saya, mungkin ada benarnya?
Mungkin saya terkhilaf? betul juga,kan....
Tetapi tidak mengapa, saya tau Dia di atas sana Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui isi hati kamu, juga isi hati saya, satu hari nanti kebenaran akan tersingkap jua. 
Saya doakan kamu tabah menghadapi hari2 mendatang bila sampai waktunya kamu diuji nanti. 
Kerana hidup tidak selalunya indah. Bak kata English quotes "Life is not always Rosy"
Hari ni, kamu berjaya sembunyikan siapa sebenar diri kamu disebalik wajah cantik kamu, tp kawan seandainya hati kamu tidak cantik, lambat laun yg buruk itu akan terserlah jua. 
Bangkai gajah lama mana dapat ditutup bukan?