Wednesday 29 July 2015

Creamy Mac & Cheese by qiukitchen

Hola..hola…. Selamat Hari Raya allsss!! 
Still dalam mood beraya lagi nih..hehehe.

Jemahat (Jumaat) ni, budak2 ada raya celebration + potluck kt school diorang. Berputar ligat kepala si mummy fikir apa lah yang nak dibekalkan. Nk bekalkan dessert & kuih2, I believe portion ni selalu dah ramai parents akan buat (base on previous2 potluck).  
Lepas tu teringat pasal mac & cheese and kebetulan ada kawan wassap minta resepi semalam. Baru lah teringatttt haritu ada janji nak masukkan dlm blog tp tangguh punya tangguh last2 terlupa. Hadoiiii……  (nampak sangat dh tua :P) 

So, seperti dijanjikan ni adalah resepinya. Senang utk diri sendiri buat reference jugak sebenarnya …almaklumlah urat banya putus, banyak benda dalam kepala, kalau tk di blog kan memang boleh lupa lah resepi2 ni semua :D


Bahan- bahan

1 cup tepung gandum

2 cup air ( lebih kurang, kalau trlalu pekat tambah lg, sbb teralu pekat nnti x creamy)
4-5 kotak kecik susu dutch lady @ bleh jugak guna cooking cream menggantikan susu (adjust ikut suka)
1/4 block butter
1/2 tube minced chic
1 pokok broccoli - potong kecik
Cendawan butang 
4 batang hotdog
Cheddar cheese - agak2 byk mana ikut suka
Mozzarella cheese - agak2 byk mana ikut suka
Macaroni - 1 1/2 paket


Cara- Cara

1) Rebus macaroni. Set aside

2) Dalam periuk sederhana besar, cairkan butter. Kacau selalu utk elakkan butter hangit


3) Bila butter semua dh cair, immediately masukkan tepung. Kacau.


4) Tepung akan berketul2. Masak smpi dia brownish (tp bkn hangit).


5) Then masukkan susu kotak


6) Gunakan pemukul telur, kacau sehingga ketulan tepung tadi dissolve.


7) Masukkan kiub ayam, garam (if ada chicken broth lebih baik, kurangkan sikit portion air sbb chicken broth dah berair)


8) Masukkan ayam, hotdog


9) Then masukkan broccoli, cendawan


10) Masukkan air. Tambah air lagi kalau kuah nmpk pekat, berketul.


11) Bila ayam n broccoli dh empuk, masukkan cheese. Kacau smpi cheese dissolve


11) Masukkan macaroni. Gaul sebati


12) Tutup api. Siap!







Nyum….nyummmmm… makan panas2 sedapppppsss!

Tuesday 14 July 2015

Kuah Kacang by qiukitchen

Raya 2015 tinggal lagi 2 hari jerrrrr…yeay!! Apa masakan korang pagi raya? Sure skrg mak mak tgh busy fikir juadah2 utk hari raya, kan? Hehe...

Harini saya nk share resepi Kuah Kacang @ sesetengah orang panggil Sambal Kacang @ Kuah Sate. Senangggg bangat nk buatnya. Saya first time buat pun alhamdulillah menjadi dah.
Seperti biasa, tujuannya update resepi kt sini adalah supaya saya sendiri tak lupa.

Takdelah setiap kali nk buat nk kena call @ wassap mak kan…hehehe..mesti mak rasa annoyed sungguh la kakak ni, dah bape kali dh mak bg resepi…kikiki (sebenarnya mak tak cakap pun mcmtu. Kakak je rasa..hehehe)

Ok, ni resepi sambal kacang nyer eh. Saya guna kacang tanah yg besar2 tu, sbb lebih suka kacang tu berbanding kacang tanah yg kecik2 tu.

Resepi Kuah Kacang 

Bahan-bahan:

Kacang tanah - 2 genggam
Lada kering - 8 biji (ikut suka nk tambah @ kurangkan utk adjust pedas dia)
Bawang merah - 2 biji (sederhana besar)
Bawang putih - 5 biji
Serai - 5 batang
Lengkuas - 1 inci
Air Asam Jawa - agak2 je
Garam 
Gula Melaka - agak2 nk manis mcmana
Gula putih - agak2 nk manis mcmana
Perasa
Isi ayam - sikittt je
Santan - dalam 2 sudu
Air - agak2 je


Cara-cara:

1) Goreng kacang tanah tanpa minyak dalam kuali sampi bertukar ke warna perang. Sejukkan & tumbuk halus
2) Bersihkan cili, bawang ketepikan. Serai & lengkuas di hiris nipis. 
3) Blend cili kering, bawang, bawang putih, serai & lengkuas 
4) Tumis bahan2 yg di blend td tu. Tumis sampai cili masak & naik minyak 
5) Lepastu masukkan air asam jawa, then masukkan kacang, ayam
6) Kemudian masukkan garam, gula melaka & gula putih, 
6) Masukkan air & santan. Biar masak
7) Adjust rasa kuah kacang dgn tambahkan garam, gula melaka, gula putih ikut kesesuaian citarasa anda
8) Bila minyak dh naik cantik, kacang pun dh masak, rasa dah ok…so SIAP sudah sambal kacang kita. Yeay!!

Sedap diamakan dgn ketupat & kuah lodeh..Ya Allah, sedapnyerrr!! Tak sesabar nk ghayerrr :D






Oklah, di kesempatan ni, saya pun nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin lah pada semua ya, drive carefully untuk yang balik kampung tu. Mengantuk sila berhenti & tido dulu, ingatlah orang yg tersayang. Pastu balik kg nanti, makan berpada2 lah ya..sat lg lepas raya duk nangis sedu sedan tepi bucu katil sbb tgk saiz dh berganda, sadis jugak tuh. Hehehehhee 


Okie dokie, korangsss?? Peaceee Yaw!


Gambar ihsan : Google