Wednesday 29 July 2015

Creamy Mac & Cheese by qiukitchen

Hola..hola…. Selamat Hari Raya allsss!! 
Still dalam mood beraya lagi nih..hehehe.

Jemahat (Jumaat) ni, budak2 ada raya celebration + potluck kt school diorang. Berputar ligat kepala si mummy fikir apa lah yang nak dibekalkan. Nk bekalkan dessert & kuih2, I believe portion ni selalu dah ramai parents akan buat (base on previous2 potluck).  
Lepas tu teringat pasal mac & cheese and kebetulan ada kawan wassap minta resepi semalam. Baru lah teringatttt haritu ada janji nak masukkan dlm blog tp tangguh punya tangguh last2 terlupa. Hadoiiii……  (nampak sangat dh tua :P) 

So, seperti dijanjikan ni adalah resepinya. Senang utk diri sendiri buat reference jugak sebenarnya …almaklumlah urat banya putus, banyak benda dalam kepala, kalau tk di blog kan memang boleh lupa lah resepi2 ni semua :D


Bahan- bahan

1 cup tepung gandum

2 cup air ( lebih kurang, kalau trlalu pekat tambah lg, sbb teralu pekat nnti x creamy)
4-5 kotak kecik susu dutch lady @ bleh jugak guna cooking cream menggantikan susu (adjust ikut suka)
1/4 block butter
1/2 tube minced chic
1 pokok broccoli - potong kecik
Cendawan butang 
4 batang hotdog
Cheddar cheese - agak2 byk mana ikut suka
Mozzarella cheese - agak2 byk mana ikut suka
Macaroni - 1 1/2 paket


Cara- Cara

1) Rebus macaroni. Set aside

2) Dalam periuk sederhana besar, cairkan butter. Kacau selalu utk elakkan butter hangit


3) Bila butter semua dh cair, immediately masukkan tepung. Kacau.


4) Tepung akan berketul2. Masak smpi dia brownish (tp bkn hangit).


5) Then masukkan susu kotak


6) Gunakan pemukul telur, kacau sehingga ketulan tepung tadi dissolve.


7) Masukkan kiub ayam, garam (if ada chicken broth lebih baik, kurangkan sikit portion air sbb chicken broth dah berair)


8) Masukkan ayam, hotdog


9) Then masukkan broccoli, cendawan


10) Masukkan air. Tambah air lagi kalau kuah nmpk pekat, berketul.


11) Bila ayam n broccoli dh empuk, masukkan cheese. Kacau smpi cheese dissolve


11) Masukkan macaroni. Gaul sebati


12) Tutup api. Siap!







Nyum….nyummmmm… makan panas2 sedapppppsss!

1 comment:

  1. wahhh sedapnya kak ieja! hehe boleh cuba kat rumah ni ;)

    ReplyDelete