Resepi Rendang Mak. From my beloved mom, Puan Aziah. Sayang mak banyak2!
Rendang Ayam MakNor
Ayam – 1 ½ @ 2 ekor
Serai – 10 – 15 batang
Kunyit - Besar ibu
jari
Halia – Besar ibu jari
Lengkuas – Besar ibu jari
Lada Kering - Dalam 15- 20 batang (depends on nak pedas @ tak)
Bawang Putih - 1 labu
Bawang Besar - 5-6 biji yg bersaiz sederhana
Santan - Dalam 1 1/2 biji perahan santan
Kerisik - 1 paket
Gula Melaka
Garam
Perasa
Daun limau purut - 7-8 keping
Daun kunyit - 3-4 helai (racik halus)
Bay leaves (optional)
Cara-Cara
1) Kupas bawang merah & putih semua
2) Bersihkan Lada Kering, kemudian rendam dlm air panas sementara siapkan ingredients lain
3) Bersihkan serai. Racik serai sehalus yg mampu. Penting sbb kalau serai tk berapa halus, nanti bila dh blend pun dh tk berapa halus (unless mata blender korang sangat sangat tajam). Kalau serai tak halus, tk sedap nk makan, takut tersedak2 pulak
4) Bersihkan halia, kunyit, lengkuas
5) Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, serai, lada kering (pokoknya masukkan semua sekali bahan asa dong!) + air sikit (supaya blender boleh pusing) dan kemudian blend kan semua. Sampai halus. Lagi halus lagi baik.
6) Tanpa minyak, tuang semua yg dh blend td dlm kuali besar. Tak perlu minyak masak tau! Kurangkan cholesterol wherever we can…Rendang itself dh byk kolesterol..pffttttt…
7) Masak bahan2 td dlm 5-10 mins, jgn smpi terlalu kering pulak, tujuan kita masak ni nk bg bahan2 td tu layu, cili merah tu masak…then masukkan santan. Biar santan sekejap sampai naik minyak.
8) Lepas dh naik minyak boleh masukkan ayam dan daun limau purut & bay leaves.
9) Letak garam, gula melaka & perasa ikut suka hati anda
10) Lepas ayam dh masak, rasa dh ok, masukkan kerisik. Kacau
11) Kemudian, last sekali masukkan daun kunyit yg diracik tu. Kacau. Tunggu 15mins smpi daun tu layu n blended dgn rendang . Siap!
12) Yeay….rendang dh siap. Dh boleh raya dh :D
Psst: Gambar rendang tgh dlm kuali ni je yg ada. Gambar2 lama semua dh transfer masuk external hard disk. Nanti2 upload lagi, okeh! Enjoiiiceeeee…..! Nnti dh cuba, boleh review. Kalau buat tp tk jadi, boleh comment kt bawah, mana saya boleh assist, saya assist, okeh…… :)
No comments:
Post a Comment