Monday, 16 October 2017

Kisah Nabi Yusuf dan Kesusahan Kita

Semalam sebelum tidurkan Sofea, Q sempat bacakan dia kisah tentang Nabi Yusuf. A simple story dripada buku cerita kanak-kanak je pun, tapi agak memberi impak kepada mummy dia yang jadi tukang baca ni, hehe

Kisah Nabi Yusuf A.S berkisar tentang bagaimana baginda dibuang abang-abangnya ke dalam perigi buta, ditinggalkan keseorangan, kesejukan dalam kegelapan. Dan di saat itu umurnya masih budak-budak, masih perlukan kasih sayang, perlindungan dan tunjuk ajar daripada insan-insan bernama "keluarga". Namun, tiba-tiba sahaja diputuskan pertaliannya daripada keluarga dan dia menjadi sebatang kara.

Nabi Yusuf A.S kemudiannya dijumpai oleh musafir-musafir yang melalui kawasan tersebut yang kehairanan melihat ada seorang kanak-kanak yang kesejukan (bajunya ditanggalkan oleh abang-abangnya untuk dilumur dengan darah kambing biri-biri dan dibawa kepada Nabi Yaakub A.S sebagai bukti bahawa beliau terbunuh dek kerana serangan seringala kononnya).

Musafir-musafir itu kemudiannya mengeluarkan Nabi Yusuf A.S daripada perigi buta dan membawa baginda ke negeri Mesir untuk dijual sebagai hamba.

Di Mesir, baginda dibeli oleh seorang orang kaya bernama Aziz & kemudiannya dijadikan anak angkat dan disayangi (tidak dilayan seperti hamba).

Sesudah dewasa, Nabi Yusuf A.S seperti yang kita ketahui membesar menjadi seorang yang sangat hensem paras rupanya sehingga terpukau wanita-wanita yang terpandang kan Nabi Yusuf A.S sehinggalah akhirnya baginda difitnah dan dihukum penjara pula.

Sehingga satu saat, Nabi Yusuf akhirnya dibebaskan daripada penjara dan Allah SWT menentukan jalan hidup baginda menjadi kesayangan raja Mesir pada ketika itu kerana kebolehan baginda mentafsir mimpi dan membantu Raja mentadbir negeri dengan baik.

Pengajaran yang saya dapat daripada kisah Nabi Yusuf A.S ini ialah baginda tidak pernah memberontak. Baginda redha dengan susur galur kehidupannya yang menjadi mangsa ainiaya kemudian difitnah dan dipenjara.

Baginda tidak marah atau berusaha untuk explain tentang apa yang berlaku atau mengamuk kerana dizalimi. Jauh lagi mahu membalas dendam. Baginda sabar, sabar & sabar meskipun baginda tinggal sebatang kara kerana terpisah daripada keluarga kandung dan keluarga angkat.

Boleh bayangkan tahap stress yang baginda terpaksa lalui? Sejak zaman kanak-kanak sehingga dewasa?

Kalau kita, mungkin dah depress teruk dan terfikir nak bunuh diri sebab rasa macam malang sangat nasib diri, kan? Huhu

Tetapi baginda tak, baginda tetap sabar & tabah.

Kerana baginda tahu, baginda masih punya Allah SWT.

Dan hanya Allah SWT lah tempat baginda mengadu nasib. Hanya Allah SWT. Bukan siapa-siapa yang lain.

Sungguh bukan calang-calang sabar orang sebegini. Sungguhpun baginda seorang Nabi, cerita ketabahan baginda sebenarnya adalah pengajaran untuk kita semua.

Kadang-kadang tidak semua perkara perlukan kita untuk bertindak immediately. Tidak semua perkara kita perlu explain dan buktikan kita tak salah. Dalam diam, ada sabar, itu yang Allah SWT nak kita buat sebenarnya.

Diamkan diri, tak perlu explain dengan semua. Dalam tahajud, luahkanlah pada Dia.

Sebab itulah Islam kata Sabar itu SEPARUH DARIPADA IMAN. Separuh tau, bukan sikit-sikit.


Sabarlah dengan apa yang Allah SWT aturkan. Redhalah dengan dugaan yang Allah SWT berikan. Dengan Redha nya kita kepada dugaan Dia, insyaallah banyak lagi ganjaran yang baik-baik dan hikmah menanti kemudiannya.

Nabi Yusuf A.S dipenjara selama 7 tahun, dan beliau kemudiannya diangkat menjadi penguasa Mesir selama 55 tahun. Allah SWT gandakan masa yang beliau habiskan di penjara dengan kemewahan, pangkat, darjat dan harta sebanyak 7 kali ganda. Maniskan ganjaran bila kita redha & tetapkan kebergantungan hanya pada Allah SWT?

Untuk diri saya sendiri dan untuk orang-orang yang sedang melalui saat-saat sukar dalam hidup, meh kita sama-sama ingat.....

Dugaan itu Allah SWT yang tentukan,
Kepayahan itu Allah SWT yang datangkan,
Fitnah & cerita-cerita buruk dibelakang itu hanya Allah SWT yang benarkan (ianya berlaku),
Jika kamu tidak mampu menjadi sehebat Yusuf, jangan mampu kamu bayangkan hikmah sebesar lautan,
Jika kamu tidak mampu setabah Ayub, jangan kamu mimpikan bahagia dengan limpahan rezeki & kurniaan.


"Dunia memang tempat untuk diduga, jika tidak kita sudah berada di syurga"

 - Mufti Ismail Menk -


Tetapkan hati, persetankan kata-kata negatif, teruskanlah melangkah...

Jika manusia tidak ada yang mahu bersamamu, jangan khuatir Allah SWT sentiasa ada!


Wassalam.

- QIUIEJA, 17 OCTOBER 2017 -







Gambar ihsan: https://www.cntraveler.com/galleries/2016-04-29/the-most-beautiful-deserts-in-the-world 

Saturday, 16 September 2017

Bubur Lambuk by qiukitchen

Haritu ada janji nak up kan resepi bubur lambuk sebab ada kawan mintak.

Kadang2 korang dh habis idea nak masak apa lagi menggunakan daging korban yang ada, kan? Bubur lambuk is one of it.

Senang campak2 semua dalam 1 peyuk, tunggu je masak. Hehe...

So harini Q share resepi bubur lambuk.

Bahan-bahan:

200gm daging
Air secukupnya utk rebus daging
2 pot beras
6 - 7 pot air (utk masak bubur)
3 sudu rempah kurma/rempah sup
4 sekawan
5 ulas bawang putih (cincang @ hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 batang serai (diketuk)
1 inci halia (dihiris)

Optional: Santan secukupnya kalau nak rasa berlemak (lebih kurang 1/2 kotak kecil)

Cara-cara:

1) Rebus daging sampai empuk, ketepikan.
Note: Kalau guna PPC, amek mode Beef.

2) Tumis bebawang & 4 sekawan sampai naik bau

3) Masukkan rempah kurma/sup. Tumis sekejap

4) Masukkan air rebusan daging & daging

5) Masukkan beras, serai & halia. Kalau nak guna santan, boleh masukkan sekali pada waktu ni.

6) Tutup periuk. Tunggu sampai masak. Kalau guna periuk biasa, selalu kacau supaya bubur tak berkerak di bawah & tambah air jika perlu.

Note: Kalau guna PPC, amek mode Congee

Ok dah siap! Boleh hiaskan dengan daun sup & bawang goreng. Nak lg marvelous boleh makan dengan sambal kicap, meletops!

Friday, 15 September 2017

Spaghetti/Pasta Cabonara in 1 pot by qiukitchen

Harini Q nak share resepi Spaghetti/Pasta Carbonara in 1 pot. Kenapa in 1 pot nama dia?

Sebab semuanya masak sekaligus dalam 1 pot je. Tak perlu nak rebus spaghetti dulu, kemudian asingkan dan masak kuah carbonara pulak. Kita dah skip process tu.

Maknanya kita rebus pasta dan kuahnya sekaliarung.

So jimat masa sikit kat sini. Ok, kita terus ke bahan-bahan yg diperlukan & cara-caranya yer.

Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih (dicincang)
300g - 400g ayam (potong kecik)
200ml susu kotak
1 tin sos Prego Cheese & Herb
1 tin air
1 kiub ayam
Cendawan butang/Cendawan fresh

Optional - Tomato


Cara-cara:

1) Tumis bawang putih sampai naik bau (kalau guna PPC, mode BAKE)

2) Masukkan daging ayam. Biar masak sekejap

3) Masukkan susu kotak

4) Masukkan sos Prego

5) Kemudian masukkan air 1 tin (guna tin sos prego). Kacau supaya kuah sekata

6) Masukkan spaghetti/pasta. Pastikan air menutupi keseluruhan pasta. Tambah air jika perlu

7) Masukkan kiub ayam, dan tomato.

8) Tutup pressure cooker. ( Kalau guna PPC, tukar ke mode Congee)

9) Selepas pressure cooker bunyi beep, bukak lid dan masukkan cendawan. Biarkan seketika sampai cendawan layu.

10) Siap. Boleh tutup suis pressure cooker.

Friday, 8 September 2017

Cucur Bilis - Cucur Viral by qiukitchen

Kat bawah ni Q akan share resepi Cucur Bilis menggunakan resepi Cucur Viral yang kita olah sikit.

Maaf pada yang minta resepi sbb Q amek masa yang agak lama untuk up kan kat blog ni. Kekangan masa...(alasan lame kan...haha), apa nk buek. Full sokmo dengan rutin harian. Hehe...

Resepi Cucur Bilis
===============

2 cawan tepung
2 cawan air - panaskan sampai menggelegak atas dapur (jangan guna air panas drp dispenser Coway @ Cuckoo anda. Mesti guna yang menggelegak atas dapur)
1 @ 1/2 biji bawang dipotong dadu (ikut suka kalau peminat bawang boleh letak lebih)
Daun sup sikit dihiris
1/2 biji Cili merah (kalau suka pedas)
Ikan bilis segenggam
Garam
Perasa (kalau suka)

Cara-cara:

1) Masukkan semua bahan kecuali air dalam bekas

2) Panaskan air atas dapur sampai menggelegak

3) Dah menggelegak, tutup api terus curah air dalam campuran tepung & bahan2 lain td.

4) Cepat-cepat ambil sudip & kacau adunan sampai sebati semuanya.

5) Tunggu sejuk sikit

6) Ambil sikit-sikit & bulat-bulatkan di tapak tangan. Letak minyak/air kat tangan bila tepung dah start melekat2 di tangan.

7) Buat bulat-bulat tu sampai habis.

8) Dah siap, boleh lah digoreng cucur tadi.

9) Siap! Boleh makan dengan bahagianya 😘

Nasi Daging by qiukitchen

Alkisahnya, Q baru beli Philips Pressue Cooker from Lazada baru-baru ni. Sebab Lazada buat offer kebabom baru-baru ni. Pressure Cooker harga RM500++ trus slash jadi sampai RM315 je termasuk postage. Kebabom kan offer dia?? Haaa..apa lagi, kita pun beli la satu, sepantas kilat. Hehe. Dah lama ushar pun pressure cooker tu sebelum ni. 

So semalam, sempena perasmian Pressure Cooker baru, dan kebetulan pulak mak mertua Q ada bagi daging korban daripada kampung haritu, kita pun buatlah Nasi Daging dengan Ayaq Asam.

Resepi kita amek daripada group FB: "Pengguna Philips Pressure Cooker" tapi kita olah sikit resepi ikut selera tekak family kita, macam biasa.....

Kat bawah ni Q share resepi Nasi Daging yg Q buat yer. 

Siapa nak try buat, boleh cuba resepi ni ya. 

Kalau xde Pressure Cooker macamana, sis?

Eh takpe. Kalau xde Pressure Cooker pun boleh je buat guna Rice Cooker biasa, jangan risau. Cuma daging tu rebus lama sikit sampai dia betul-betul empuk je. Lepastu boleh masak nasi macam biasa. Confirm sedap jugak 🖒

Apa pun semoga bermanfaat resepi ni, insyaallah. Enjoy cooking mumsies sekelian 😊


Nasi Daging
===========

Bahan- bahan:

220gm daging
2 cawan beras
2 cawan air rebusan daging 

1 inci halia
2 sudu rempah kurma
1 biji tomato potong 6
Daun pandan
Garam
1/2 cawan susu cair
Bahan tumis 4 sekawan
1 biji bawang besar (dimayang)
6 ulas bawang putih (dimayang)

Cara-cara:

1) Rebus daging sehingga empuk (kalau guna PPC, amek mode BEEF, rebus for 30mins), dh siap ketepikan

2) Panaskan minyak, tumis 4 sekawan & bawang2 (kalau guna PPC, amek mode CAKE utk menumis)

3) Setelah naik bau, masukkan rempah kurma, kacau

4) Kemudian masukkan beras, goreng kering sekejap

5) Masukkan air rebusan daging, halia, susu cair, daun pandan, garam

6) Masak nasi sehingga siap. ( kalau guna PPC, amek mode RICE, masak for 14mins )

7) Dah siap nasi, hiaskan dengan daun sup/ketumbar/bawang goreng

Air Asam:

1 biji bawang besar (hiris nipis)
1biji tomato (potong kecil2)
Air asam jawa (agak2 berapa banyak)
3 biji cili padi (potong kecil2)
1 inci belacan
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil gula halus

Cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam 1 bekas & gaulkan sampai serasi

Siap! Sila makan sampai bertambah-tambah pinggan, yer 😉

Tuesday, 5 September 2017

My Not A Soneva Jani Gateaway - Pulau Redang


2 minggu lepas, akhirnya berjaya jugak Q dan my girlfriend meloloskan diri to have our own sweet time together, after masing-masing dah bergelar isteri & ibu ni. Bukan satu plan yang mudah -mudah dapat approval daripada suami masing-masing (atas faktor keselamatan) tau, tapi akhirnya berjaya jugak yakinkan diorang yang kitorang boleh jaga diri sendiri sepanjang percutian nanti. 

Alah, bercuti dalam Malaysia je pun, naik flight pulak tu. Takde la macam terancam sangat keselamatan pun kan. Hehe.

A story about Redang with love

Well, mana-mana isteri/ibu pun akan sangat menghargai "Me Time" yang mereka dapat meskipun untuk beberapa jam sahaja,  apatah lagi kalau dibenarkan oleh enchek suami untuk beberapa hari. Lagilah beronok-ronok masing-masing pilih lokasi holiday.

Anak-anak? Tak perlu risau sangat. Sebab suami masing-masing yang akan jagakan. So dia macam your 1st trusted person in this world selepas diri korang sendiri untuk uruskan budak-budak tu. Insyaallah akan cukup makan pakai, susu & tidur. We should trust our husband capabilities, ok. Hehe. Kalau kami ibu-ibu boleh jaga anak sorang-sorang bila enchek suami outstation, mestilah diorang pun boleh buat kan. Tak susah sangat pun, confirm!

Jadi, kitorang plan everything tentang nak tinggal kat mana, nak buat apa dan sebagainya untuk percutian 3 hari 2 malam ni. Kebetulan waktu yang kitorang pergi tu tengah viral percutian Hanis Zalikha ke Soneva Jani, memang tak setanding percutian kitorang ke Pulau Redang ni, tapi ni percutian yang "paling Soneva Jani" dah kitorang rasa. Hahaha. Nampak tak dia punya rasa berharga sangat tu bila diberi peluang untuk "Me Time" yang cuma dapat sekali sekala je ni, hehe...thank you our hubbies!


So back to the stories, flight kitorang amek pukul 6.15am, flight paling awal sekali untuk hari tu. Memang malam tu tak dapat nak tidur beria pun la. Pukul 12am baru selesai mengemas beg, pukul 3am dah kena bergerak ke KLIA2 dah. Takut nak tidur beria, takut terlepas flight.

Kalau terlepas flight, maknanya kitorang juga mungkin akan terlepas Feri dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang. So akan check in lambat, maka lambat juga start aktiviti nanti. Nampak tak? Banyak domino effect dia tu nanti. Jadi, semua kena on time macam yang dirancangkan.


Flight Q pukul 6.15am. Pukul 3am dah gerak pergi airport. Was fighting my Zzzzzz this time


Kitorang pilih AirAsia untuk flight pergi dan balik ke Terengganu


Selepas 45 minit perjalanan dengan flight, kemudian naik hotel punya airport transfer servis ke Jeti Syahbandar, kitorang sempat naik feri pukul 9am. Perjalanan menaiki feri lebih kurang dalam 1jam 30mins, so dalam pukul 11am kitorang dah checked in di Coral Redang Island Resort.

Kenapa Coral Redang?

Well, kitorang pilih Coral Redang Island Resort untuk percutian mak-mak kali ni selepas buat beberapa research di Internet, website diorang & khatam review di Tripadvisor. Pakej yang kitorang ambil ni termsuk 2 x Airport Transfer ke Jeti Syahbandar, 2 x Ferry trip, 3x snorkeling trip dan makan minum untuk breakfast, lunch dan dinner selama 3hari 2 malam. Boleh kata semua disediakan dah. Tinggal datang bawak badan, kain baju dan enjoy the holiday to the fullest je. Best kan?

Masa mula-mula pilih resort tu, memang agak ragu-ragu jugak sebab tak ada banyak sangat info daripada local guest pasal resort ni. Puas godek-godek cari kot-kot ada blog yang buat review pasal resort ni tapi tak jumpa. Harapkan review di Tripadvisor jerla. Nasib baikla bila dah sampai tu, rasa macam berbaloi-baloi pilih resort ni. 

Kenapa tak banyak local blog buat review pasal resort ni eh?

Bila dah sampai sana, kitorang tengok 98% daripada guest resort ni ialah mat saleh. Patutlaaa pun.... Cuma kitorang bertiga saja local guest pada waktu tu. 

Mungkin sebab belum lagi musim cuti sekolah kot? 
Mungkin jugak la......

Kat bawah ni Q sertakan pakej yang disediakan oleh Coral Redang Island untuk reference korang. Mana tau korang pun nak try ushar Coral Redang Island kan.....




So to cut it short, tempat ni sangat harmony. Takde bising-bising waktu malam. Takde pub yang mat saleh akan drunk sehingga luar kawalan. Very light & easy. Damai dan menenangkan. 

Menurut pekerja-pekerja resort, mat saleh yang kebanyakan ada di resort pada waktu tu ialah daripada Itali. Summer Holiday, perhaps. Ada yang datang dengan family, ramai juga couple. Diorang habiskan masa setiap hari dengan bersantai di tepi pantai, sun-bathing, skin-tanning tepi pantai, membaca, tidur dan berehat.

Resort ni terletak di bahagian yang agak jauh daripada kawasan ferry menurukan penumpang ke Pulau Redang, so korang memang tak akan serabut tengok orang ramai-ramai memenuhi bahagian pantai setiap kali ferry sampai.

Dan atas faktor ni jugaklah, resort ni agak sesuai untuk family vacation dengan anak-anak.  Sebab dia agak private dan terjaga. 

Pantai kat Pulau Redang ni pun bersih, pasir dia halus sungguh dan disebabkan tak ramai sangat orang menerjah resort ni, jadi boleh consider environment-nya agak selamat di sini.

By the way, masa kitorang pergi ni bulan August, belum musim tengkujuh lagi, jadi ombak pun tak kuat sangat. Dan lokasi resort adalah di bahagian ber-teluk juga mungkin antara faktor ombak dia tak tinggi dan kuat, sesuai untuk anak-anak main tepi pantai atau mandi laut.




Cantikkkk kan? Damai dan menenangkan

View daripada resort menghadap ke laut



Tempat tinggal kami untuk 3h 2m. Disebabkan laut dia cantik sangat, kitorang tak terhegeh pun nak masuk pool tu.


Bangunan depan tu ialah lobby area, tempat check in counter







Cantikkkk gilaaa kan? Tak perlu sampai Maldives pun dah boleh nikmati keindahan alam macam ni



Petang-petang kitorang jalan-jalan menyusur pantai sambil berborak-borak pasal masa depan. Eh


Jalan punya jalan, terjumpa pulak dengan stall kecil jual air kelapa fresh... ada jugak gerai jual goreng pisang, cempedak, cucur udang dan macam-macam lagi opposite gerai ni...







Heaven on earth




Air laut sangat jernih. Boleh nampak ikan berenang-renang dengan gumbiranya nya.


Hari pertama kitorang Jetlagged. Eh mengada sangat nak Jetlagged bagai. Hahaha. Sebenarnya penat dan mengantuk sebab tak tidur malam tu kan. So sampai je resort, masing-masing tarik selimut, tido for 2 hours. Lepas tu baru segar sikit, bangun mandi dan kitorang decide untuk jalan-jalan tepi pantai. Beli cucur udang, air kelapa, sotong celup tepung dan berkelah tepi pantai. 

Lepas dah kenyang perut masing-masing, kitorang apa lagi? Main air la.... mandi laut dengan gembiranya macam kanak-kanak ribena. Haha

Dalam 2 jam jugak berendam dalam tu sebelum balik dan get ready untuk dinner. Esoknya baru kitorang plan nak pergi snorkeling ikut trip yang resort dah sediakan. Oh ya, resort cuma sediakan boat utk snorkeling, alatan untuk snorkeling termasuk jaket keselamatan tu, kena sewa/bawa sendiri. 

Dekat resort tu ada sediakan kaunter untuk sewa snorkeling gear + jaket keselamatan. Charge dia:

RM45 - for 2 days
RM30 - for 1 day

So pandai-pandai la korang adjust mcmana korang nak amek pakej snorkeling gear tu ikut berapa hari korang stay kat sana nnti.

Setiap trip, kawasan yang akan dibawa pergi snorkeling ni berlainan. Sekeliling Pulau Redang ni ada banyak lagi pulau kecil-kecil macam Pulau Lang Tengah, Pulau Lima dan lain-lain. So snorkeling trip akan rotate pulau-pulau ni jadi tak ada lah bosan asal snorkeling je kena pergi tempat/pulau yang sama.

Ada juga perkhidmatan private boat yang boleh korang sewa untuk customised sendiri perjalanan untuk melihat keindahan sekitar Pulau Redang ni, termasuk kawasan kampung yang berpenduduk, ada fasiliti sekolah, balai polis, klinik dan sebagainya. Ada juga kawasan penyu bertelur dan bahagian penyu mendarat (yang ni kitorang tak pergi, we save this for the trip with the kids later, insyaallah).

Sebelum Q cerita lebih lanjut pasal snorkeling, nak cerita sikit tentang food yang disediakan kat Coral Resort. Food kat sini memangla awesome, korang. In fact kalau korang tengok kat Tripadvisor pun ramai puji makanan dorang sedap. Salad dia especially. Aduhaiiiii..... Q boleh makan salad bertambah-tambah. Pilihan lauk pun banyak. Setiap hari akan ada pilihan menu ayam, ikan, udang, sotong untuk lunch dan dinner. Buah-buahan dan dessert pun ada. Duduk dan makan saja lah kenyang-kenyang...hehe. Kata holiday, diet pun holiday lah jugak. Heheheh

Disebabkan kitorang amek pakej sekali, makanan semua dah all in. So tak perlu dah susah-susah fikir "nak makan kat mana/ nak makan apa"

Datang redang memang semata-mata untk rehatkan your mind and soul from the hectic and crazy world out there. Others are all taken care of. Macamtu la konsepnya.

Ok, now jom cerita pasal snorkeling pulak...........

DAY 2 - Snorkeling time

Haaa...come to the part yang paling amazing dalam hidup. Snorkeling moments!

Q pernah pergi snorkeling di Pulau Perhentian sebelum ni. Pendapat Q, kedua-dua pulau mempunya coral dan khazanah laut yang sangat-sangat cantik. Pihak Pulau Redang sangat menjaga aset-aset ini, jadi kami memang sangat berhati-hati masa snorkeling agar tidak terusik atau terrosakkan mana-mana khazanah alam laut kat sini.




Best woooo...







Antara moment besttt








So amacam? Teruja tak tengok gambar snorkeling kitorang? Hehehe...Best gilaaa. Kalau ke Pulau Redang, wajib cuba aktiviti ni, ok. Senang je snorkeling, tak perlukan lesen pun. Prektis sekejap pun dah boleh dah. Tak perlu pandai swimming pun boleh snorkeling.

 Oh ya, masa aktiviti snorkeling ni kitorang takde bawak water resistant camera pun,  pihak hotel memang ada sediakan sorang professional photographer untuk setiap snorkeling trip. Professional photographer ni akan amek gambar secara random dan mungkin suruh korang posing dalam air sekali. Haha. Jangan sia-siakan peluang posing ni yer.

Lepas snorkeling nanti, bila dah balik hotel, start pukul 8pm ke atas dah boleh collect dah gambar-gambar tu kat Library hotel, berdekatan dengan lobby. Charge yang dikenakan cuma RM5 per pic. Lepas pilih dan bayar harga pic, boleh pilih samada nak gambar-gambar tu di burn kan dalam CD, transfer dalam pendrive sendiri atau pun email. Kitorang pilih untuk email saja. Lebih mudah untuk semua orang.

Lepas bayar jumlah bayaran, lepak-lepak kat lobby sambil berborak tentang masa depan, lebih kurang dalam 15minit, gambar pun sampai kat mailbox kitorang. Pantas!

Okay, berkelah tepi pantai dah, jalan-jalan tepi pantai pun dah, snorkeling dah, sun-bathing pun dah (Q siap tertidur tepi pantai dengan lenanya, join mat-mat saleh sun-bathing, haha..), so tiba lah masa untuk balik ke pangkal jalan. Huhuhuhu... the saddest part.


DAY 3 - Balik ke pangkal jalan

So akhirnya, sampai lah ke hari ke-3 percutian kitorang. Memandangkan masing-masing memang dah janji dengan husband cuma nak pergi bercuti selama 3 hari saja, tak jadi lah kitorang nak extend percutian tu ke hari ke 4, walaupun hati memang meronta-meronta nak ambil trip pusing keliling pulau, tengok anak penyu/penyu bertelur, tengok perkampungan di pulau redang dan island hoping ke pulau-pulau berdekatan.

Maka berkemas lah kitorang dengan hati yang berat untuk balik ke KL. Huhu. Kitorang naik feri pukul 11am supaya dapat shopping keropok lekor sikit di Kuala Terengganu sebelum balik KL. Flight pukul 6.45pm.

Kitorang shopping kat Kuala Terengganu naik apa? Oh yaa....kat bandar Kuala Terengganu dah ada perkhidmatan GrabCar, so senang gila nak bergerak ke sana ke sini. Request je di GrabCar apps. Tak perlu susah-susah nak sewa kereta, bukak waze bagai. Senang kerja, kan?

Jeti Syahbandar tu pulak terletak betul-betul dekat dengan Pasar Payang. So boleh jalan kaki je kalau nak pergi Pasar Payang.


Alhamdulillah...percutian kali ni memang best untuk kami bertiga dan semuanya sangat berpuas hati dengan pilihan resort, makanan, airport transfer dan semuanya. Semuanya well planned.

Until we plan for another vacay, Q akan tulis lagi di blog ni insyaallah, k...

Semoga entry ni dapat memberi manfaat dan sedikit sebanyak info yang korang perlukan kalau tengah plan trip ke Pulau Redang tu.

Happy reading, koranggg!





















Sunday, 7 August 2016

Mihun Sup/ Soto is my all time favourite!! Boleh makan bermangkuk2 kalo cukup lengkap dgn bergedil, kacang, taugeh, semua. Hehehehe........ I boleh pantang itu ini utk diet, tp tidak S.O.T.O huhuhu. Peminat soto kronik kan? :D

Oklah, ni resepi soto saya okeh, enjoy!!

Kuah Soto

Ayam 1 ekor
3 paket kecik Rempah Kurma (saya guna Adabi)
1 paket kecik Rempah Sup/Rempah Soto (saya guna Mak Siti @ Adabi)
4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)

Bawang besar 3 biji *
Bawang putih 1 labu *
Buah keras dalam 5 biji *
Jintan manis 1 sudu besar*
Jintan putih 1 1/2 sudu besar*
Biji ketumbar 1 1/2 sudu besar*
Halia sebesar ibu jari*

Lengkuas sebesar tapak tangan
2 Kiub Ayam
Sup bunjut tulang (adabi)  2 paket



Rempah Ratus

Bahan-bahan untuk di blend kan



Cara - cara:

1) Rebus ayam sampai masak, tutup api, toskan ayam & sejukkan. Air ayam simpan utk next process.
2) Blend bahan2 yg bertanda * , kemudian tumis dengan minyak masak + 4 sekawan
3) Bila bahan2 tumis dh naik bau, masukkan rempah2 kurma & sup, kacau supaya tak hangit
4) Kemudian masukkan air (agak2 air nak banyak mana utk kuah, terpulang) & campur dgn air rebusan ayam tadi
5) Ketuk lengkuas, dan masukkan. Masukkan juga sup bunjut tadi & kiub ayam
7) Bila kuah dah menggelegak, masukkan garam secukup rasa (tambah perasa jika perlu)
8) Bila rasa semua dh okay, tutup api. SIAP!

Untuk sementara waktu ni, saya cuma sempat share resepi kuah SOTO AYAM je dulu. Resepi2 lain utk lengkapkan soto mcm bergedil, sambal cili kicap, & apa step2 utk lengkapkan semangkuk soto, saya share kemudian2 nnti ya, tengah kalut nk exam..hehe. Gambar soto pun tak dan nk cari...:)

p/s: Rahsia sedapnya kuah soto terletak pada rempah ratus yg digunakan & lengkuas. Lengkuas tu sangat penting dalam mendapatkan tune kuah soto yang terangkat. Selamat mencuba, ya...

Semoga bermnafaat, insyaallah!



Berdegel jangan lupa! Pelengkap ni



Ayam carik



Dah siap!! Soto semanguk dan kemudiannya jadi bermangkuk-mangkuk 😂