Thursday 24 May 2012

Diduga lagi



Musibah itu peringatan
Musibah itu menenangkan
Musibah itu perawat jiwa


Supaya kta tidak bongkak
Supaya kta tidak terlalu mendongak
Supaya kita tidak terus leka


Kelmarin adalah hari yg mndukacitkan, saya hilang handphone kesayangan saya. Gadget yang saya bawa kemana sahaja hatta ke toilet sekalipun. Gadget peneman di saat bosan menunggu giliran di pejabat pos, di bank dan sebagainya. Gadget Kesayangan! :(
Saya menangis semahu2nya, sepuas2nya...di saat masih berduka dgn dugaan yg datang bertimpa2, saya diduga lagi. Di saat hati masih sakit dikhianati "kawan" , saya hilang sesuatu yg saya hargai,sayangi. 
Namun, selepas hampir 3 jam berhempas pulas cuba menjejaki gadget kesayangan dan akhirnya gagal, saya pasrah. Memang bukan rezeki saya lagi. Memang saya kena redha. Memang ini petunjuk dari Allah S.W.T.


Lepaskan perasaan marahmu, wahai deja..
Lepaskan apa yg terbuku di hatimu wahai deja..
Lepaskan apa yg menyakitimu wahai deja..
Kerana dendam itu akhirnya akan memakan diri..
Aura2 negatif yg berada disekelilingmu hanya akan menjadikan musibaah datang lagi dan lagi..


Saya tersedar dari lamunan yg panjang. Keesokannya saya ambil MC untuk tenangkan hati yang lara. Dah puas menangis, dh puas meratap, dh terlepas semua yg tersimpan dan akhirnya tersingkap...
Ingat, balasan trhadap kekejaman manusia terhadap diri kita bukan sepatutnya datang dari kita. Lebih cepat kita redha, lebih banyak kebaikan menanti menjengah jiwa...
Yang jahat? Ahhh..biar Allah SWT sahaja yg membalasnya..Amin Ya Rabbal Al-Amin.....


























No comments:

Post a Comment