Kisah Nabi Yusuf A.S berkisar tentang bagaimana baginda dibuang abang-abangnya ke dalam perigi buta, ditinggalkan keseorangan, kesejukan dalam kegelapan. Dan di saat itu umurnya masih budak-budak, masih perlukan kasih sayang, perlindungan dan tunjuk ajar daripada insan-insan bernama "keluarga". Namun, tiba-tiba sahaja diputuskan pertaliannya daripada keluarga dan dia menjadi sebatang kara.
Nabi Yusuf A.S kemudiannya dijumpai oleh musafir-musafir yang melalui kawasan tersebut yang kehairanan melihat ada seorang kanak-kanak yang kesejukan (bajunya ditanggalkan oleh abang-abangnya untuk dilumur dengan darah kambing biri-biri dan dibawa kepada Nabi Yaakub A.S sebagai bukti bahawa beliau terbunuh dek kerana serangan seringala kononnya).
Musafir-musafir itu kemudiannya mengeluarkan Nabi Yusuf A.S daripada perigi buta dan membawa baginda ke negeri Mesir untuk dijual sebagai hamba.
Di Mesir, baginda dibeli oleh seorang orang kaya bernama Aziz & kemudiannya dijadikan anak angkat dan disayangi (tidak dilayan seperti hamba).
Sesudah dewasa, Nabi Yusuf A.S seperti yang kita ketahui membesar menjadi seorang yang sangat hensem paras rupanya sehingga terpukau wanita-wanita yang terpandang kan Nabi Yusuf A.S sehinggalah akhirnya baginda difitnah dan dihukum penjara pula.
Sehingga satu saat, Nabi Yusuf akhirnya dibebaskan daripada penjara dan Allah SWT menentukan jalan hidup baginda menjadi kesayangan raja Mesir pada ketika itu kerana kebolehan baginda mentafsir mimpi dan membantu Raja mentadbir negeri dengan baik.
Pengajaran yang saya dapat daripada kisah Nabi Yusuf A.S ini ialah baginda tidak pernah memberontak. Baginda redha dengan susur galur kehidupannya yang menjadi mangsa ainiaya kemudian difitnah dan dipenjara.
Baginda tidak marah atau berusaha untuk explain tentang apa yang berlaku atau mengamuk kerana dizalimi. Jauh lagi mahu membalas dendam. Baginda sabar, sabar & sabar meskipun baginda tinggal sebatang kara kerana terpisah daripada keluarga kandung dan keluarga angkat.
Boleh bayangkan tahap stress yang baginda terpaksa lalui? Sejak zaman kanak-kanak sehingga dewasa?
Kalau kita, mungkin dah depress teruk dan terfikir nak bunuh diri sebab rasa macam malang sangat nasib diri, kan? Huhu
Tetapi baginda tak, baginda tetap sabar & tabah.
Kerana baginda tahu, baginda masih punya Allah SWT.
Dan hanya Allah SWT lah tempat baginda mengadu nasib. Hanya Allah SWT. Bukan siapa-siapa yang lain.
Sungguh bukan calang-calang sabar orang sebegini. Sungguhpun baginda seorang Nabi, cerita ketabahan baginda sebenarnya adalah pengajaran untuk kita semua.
Kadang-kadang tidak semua perkara perlukan kita untuk bertindak immediately. Tidak semua perkara kita perlu explain dan buktikan kita tak salah. Dalam diam, ada sabar, itu yang Allah SWT nak kita buat sebenarnya.
Diamkan diri, tak perlu explain dengan semua. Dalam tahajud, luahkanlah pada Dia.
Sebab itulah Islam kata Sabar itu SEPARUH DARIPADA IMAN. Separuh tau, bukan sikit-sikit.
Sabarlah dengan apa yang Allah SWT aturkan. Redhalah dengan dugaan yang Allah SWT berikan. Dengan Redha nya kita kepada dugaan Dia, insyaallah banyak lagi ganjaran yang baik-baik dan hikmah menanti kemudiannya.
Nabi Yusuf A.S dipenjara selama 7 tahun, dan beliau kemudiannya diangkat menjadi penguasa Mesir selama 55 tahun. Allah SWT gandakan masa yang beliau habiskan di penjara dengan kemewahan, pangkat, darjat dan harta sebanyak 7 kali ganda. Maniskan ganjaran bila kita redha & tetapkan kebergantungan hanya pada Allah SWT?
Untuk diri saya sendiri dan untuk orang-orang yang sedang melalui saat-saat sukar dalam hidup, meh kita sama-sama ingat.....
Dugaan itu Allah SWT yang tentukan,
Kepayahan itu Allah SWT yang datangkan,
Fitnah & cerita-cerita buruk dibelakang itu hanya Allah SWT yang benarkan (ianya berlaku),
Jika kamu tidak mampu menjadi sehebat Yusuf, jangan mampu kamu bayangkan hikmah sebesar lautan,
Jika kamu tidak mampu setabah Ayub, jangan kamu mimpikan bahagia dengan limpahan rezeki & kurniaan.
"Dunia memang tempat untuk diduga, jika tidak kita sudah berada di syurga"
- Mufti Ismail Menk -
Tetapkan hati, persetankan kata-kata negatif, teruskanlah melangkah...
Jika manusia tidak ada yang mahu bersamamu, jangan khuatir Allah SWT sentiasa ada!
Wassalam.
- QIUIEJA, 17 OCTOBER 2017 -
Gambar ihsan: https://www.cntraveler.com/galleries/2016-04-29/the-most-beautiful-deserts-in-the-world