Tuesday, 17 March 2015

Honey Lemon Chicken With Herbs by qiukitchen

Tadaaaaa…..Okeh harini cuba menyempatkan diri untuk apdet resepi baru. Patutnya Wednesday is a Wordless  day tapi in my dictionary ada tukar sikit :D

Resepi yang saya nk share ialah Honey Lemon Chicken with Herbs. Kita terus jerla kpd resepi eh, malas nk celoteh panjang2 :D

Honey Lemon Chicken with Herbs

Bahan-bahan

1 ekor ayam sederhana besar (tak perlu dipotong) dibersihkan
2 1/2 sudu honey (saya guna madu asli, tambah honey kalau suka lebih manis)
3 tbsp Olive Oil (saya guba Bertolli)
3 tsp Rosemary
3 tsp Mixed Herbs
4 tsp Cajun
3 tsp  Spaghetti Bolognese (herb mixture)
1/2 biji jus perahan Lemon 
2 helai Bay Leaves / Daun Salam
5-6 biji garlic - hancurkan & potong halus
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa

Additional
Sebiji tomato (potong ikut suka)
Sebiji bawang besar (potong 6)

Cara- cara: 

1) Ayam yang dh dibersihkan, kelar2 kan n cucuk2 kan. Letak tepi
2) In a mixing bowl, masukkan semua bahan2 selain ayam tu gaulkan bg sebati
3) Lepastu gaulkan ayam dgn bahan2 yg dh siap digaul tadi, masukkan bahan2 perap tu dekat semua bahagian yang kta dh kelar, dalam bahagian kerangka ayam.
4) Masukkan dalam plastik marinate/perap dan biarkan semalaman
5) Esoknya, keluarkan ayam, letak dalam tray, letakkan tomato & bawang merah, kemudian bakar pada suhu 175 Celcius utk first 1 hour, then 180 Celcius utk 30mins seterusnya. Tambah lagi setiap 15mins kalau ayam masih belum masak sepenuhnya.









Tips: 

1) Mcamana nk tau ayam dh masak ke belum? 

Well, selain drp korang amek isi ayam tu n masuk dalam mulut.. :D, korang buat mcm ni, cucuk sikit bahagian2 yg lambat nk masak (seperti bahagian joint peha ayam), dengan menggunakan sudu/pisau, kalau masih ada nampak mcm merah2 darah mengalir keluar, tu maksdunya ayam belum masak. Turunkan temperature sikit kalau cuma tggl sikit je yang tk masak (utk mengelakkan bhg yg dh masak hangus), tambahkan masa sedikit demi sedikit sehinggalah korang dapat ayam yang tender, juicy & delicious! 

2) Nak bakar dengan potato boleh?

Boleh….tapi rebus dulu kentang tu smpi 3/4 empuk dgn kulitnya sekali (dipotong 4), then baru masukkan sekali dgn ayam utk dibakar. Saya guna US Potatoes..


Selamat Mencuba!